Saturday, March 25, 2017

Permulaan yang MAGIC!

Assalamualaikum.

Sebelum bermula perkongsian di blog yang baru ni, izinkan empunya blog memperkenalkan diri.

Nama - Nurfarahin Binti Zainuddin - just call me Rara
Umur - Lahir tahun 1992
Tinggal - Kuala Lumpur
Status - Sudah Bekerja dalam bidang Perundangan (masih menetap dengan ibu bapa, hihi)
Motif tulis blog - Nak tambah ilmu dan side income

Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk mula blogging semula. Sebenarnya kehidupan sekarang terasa sesak sangat. So, dengan harapan bila laptop dah tiba-tiba sihat semula selepas hampir setahun tak berfungsi, Rara harap dapat berkawan dengan orang2 berpengalaman dalam bidang blogging dan jana side income untuk simpanan masa depan.

Blogging juga akan jadi satu platform untuk Rara sebarkan dan beri kesedaran dalam perkara berkaitan undang-undang memandangkan Rara ada sedikit-sebanyak ilmu dalam bidang ni sejak di zaman universiti sampai la bekerja sekarang.

Kalau ada kemusykilan, dengan izin masa yang Allah lapangkan sementara untuk menulis blog ni, feel free to ask me any legal matter. InsyaAllah Rara akan cuba bantu and free legal advice to all my followers. Semoga Allah permudahkan.

Owh lupa nak explain kenapa tajuk 'Permulaan yang MAGIC'. Sebab dengan doa secara senyap dalam hati, Allah bagi keizinan laptop yang Rara guna sejak mula2 masuk universiti dulu kembali berfungsi. Sebelum ni keyboard rosak, tak boleh connect to internet.

Rara pula tengah buntu nak kumpul duit untuk saving. Sambil belek2 laptop lama ni, doa dalam hati kalau la laptop ni baik semula, aku nak buat perkara kebaikan. tup tup nah! boleh berfungsi seperti normal. Tak pasti la sampai bila akan ok tapi selagi Rara mampu guna laptop ni sambil2 kumpul duit untuk standby beli laptop baru, Rara akan manfaatkan sebaik mungkin kesempatan yang masih ada ni. InsyaAllah. Allah tahu keperluan kita dan Dialah yang Maha Melengkapkan kita.


Thank you!